Bermula 1 Februari 2020, Bank Simpanan Nasional (BSN) telah mengumumkan perlantikan Rossana Annizah Rashidi selaku Pengerusi.
Pihak BSN mengalu-alukan kedatangan Rossana sebagai Pengerusi baharu.
Menurut Datuk Yunos Abd Ghani, Ketua Eksekutif BSN – penglibatan Rossana tidak lagi asing dalam industri Perbankan dan Telekomunikasi. Beliau pernah memegang pelbagai jawatan pengurusan ketika berkhidmat di RHB Bank Berhad, TIME dotCom Berhad, dan Maxis Berhad selepas memulakan kerjaya perbankannya dengan Citibank Malaysia.
Kelebihan dan pengalamannya yang luas dalam mengetuai beberapa lembaga syarikat multinasional dapat memberi hala tuju baharu kepada Lembaga Pengarah BSN.