Artikel

EIU: Malaysia Catat Skor Terbaik Pada Indeks Demokrasi 2019

Menurut catatan Unit Perisikan Ekonomi (EIU) menerusi laporan Indeks Demokrasi 2019, Malaysia telah mencapai skor terbaik dengan kedudukan ke 43 daripada 167 negara.

Pada laporan yang sama, EIU telah memberi Malaysia skor sebanyak 7.16 per 10.

Berbeza tahun 2018, Malaysia sekadar mencatat jumlah skor 6.88 dan menduduki tangga ke 52.

Laporan ini sekaligus menunjukkan Malaysia telah melakukan penambahbaikan pada sistem demokrasi negara.

Indeks Demokrasi bertujuan mengukur keadaan demokrasi di dunia. Ia mengukur lima bidang, iaitu proses pemilihan dan pluralisme, fungsi pemerintahan, penyertaan politik, kebudayaan politik dan kebebasan sivil.

Kedudukan Malaysia ini telah disumbangkan oleh peningkatan yang ketara pada skor proses pemilihan dan pluralisme, di mana ia mencatat 9.17 daripada skor maksimum 10. Sebelum ini, ia mencatat 7.75 pada tahun 2018.

Skor bagi peranan kerajaan pula mencatat 7.86, penyertaan politik (6.67), budaya politik (6.25) dan kebebasan sivil (5.88) tetap sama.

Kedudukan keseluruhan Malaysia buat kali pertama berpindah ke separuh teratas kategori. Ia terikat dengan Republik Trinidad dan Tobago.

Di bawah kategori yang sama ialah Singapura, yang menduduki tempat ke-75 dengan skor 6.02 dan terikat dengan Hong Kong. Peringkat 73 dan 74 adalah masing-masing Mexico dan Papua New Guinea.

Manakala, negara-negara teratas pula berada dalam kategori demokrasi yang lemah termasuk Korea Selatan, Jepun dan Amerika Syarikat.