// Diterjemahkan oleh Rnggt
Pada hari Rabu lalu, Greta Thunberg – antara pejuang kelestarian alam telah membuat permohonan paten untuk namanya dan gerakan bantahan globalnya iaitu Fridays For Future bagi mengelakkan daripada digunakan oleh kepentingan pihak lain.
Jelasnya, dia berasa kesal terdapat aduan mengatakan pihak tertentu telah menggunakan namanya sebagai wakil untuk berhubung dengan individu berprofil tinggi, ahli politik, media, artis dan lain-lain.
Malah, terdapat juga penggunaan namanya dan gerakan pada penjualan produk serta iklan pemasaran.
Tindakan Greta mendaftarkan namanya dan nama gerakan tersebut dilihat wajar. Di mana ia bertujuan untuk melindungi imej kegiatan gerakannya.
Seterusnya, Greta turut berkongsikan bahawa dia telah menubuhkan yayasan baharu bagi gerakan Fridays For Future.
Yayasan ini akan menjadi telus sepenuhnya, ia merangkumi pengurusan kewangan membabitkan pembayaran cukai mengikut keperluan yang ditetapkan.
Tujuannya juga ialah untuk mempromosikan kelestarian ekologi, iklim dan sosial, serta kesihatan mental di seluruh dunia. – AFP