Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC) dan para pengeluar sarung tangan akan mendermakan sejumlah 18 juta sarung tangan perubatan ke China bagi menangani penularan wabak coronavirus yang sedang berlaku pada ketika ini.
Seperti yang umum ketahui, Malaysia adalah pengeluar sarung tangan perubatan terbesar di dunia.
Di mana, Malaysia telah mengeksport kira-kira 180 bilion keping di seluruh dunia.
Menurut Menteri Industri Utama, Teressa Kok – pelbagai syarikat pengeluar sarung tangan perubatan kini telah tampil ke hadapan untuk menyokong inisiatif ini. Antaranya adalah seperti Smart Glove, Hartalega, Kossan, YTY, Brightway dan Koon Seng.
Sebelum ini, Top Glove dan Supermax telah menyumbangkan sebanyak 2.3 juta sarung tangan melalui pejabat dan agensi pengedar tempatan mereka.
Selain sarung tangan, Malaysia juga turut menyumbangkan beberapa keperluan penting yang lain seperti makanan dan topeng muka kepada warga Wuhan.