Kerajaan China telah menghantar dua pesawat ke Malaysia dan Thailand untuk ‘menjemput’ kembali rakyat mereka pulang ke negara tersebut.
Menurut Pentadbiran Penerbangan Sivil China (CAAC), Xiamen Airlines akan menjemput rakyat China dari Kota Kinabalu dan Bangkok.
Ini kerana puluhan rakyat negara itu harus menangguhkan perjalanan pulang mereka ke Wuhan, provinsi Hubei, kerana mengikut arahan kerajaan tempatan dalam isu kuarantin.
Sebanyak 100 rakyat China sedang berada di Kota Kinabalu dan ‘sanggup menaiki penerbangan charter ini untuk pulang ke Wuhan’ secepat mungkin.
Seluruh bandar Wuhan sedang dikuarantinkan kerana penularan wabak coronavirus nCoV2019. Penutupan seluruh bandar tidak pernah dilakukan oleh China sebelum ini.
Ini bermakna, seramai 11 juta penduduk Wuhan tidak boleh keluar dari bandar tersebut. Dan sekiranya orang luar ingin memasuki bandar itu, ia harus mendapat kebenaran khas dari kerajaan China.
Penerbangan Xiamen Airlines yang akan membawa 100 orang penduduk Wuhan ini adalah antara yang mendapat ‘kebenaran khas’ untuk memasuki bandar tersebut.