Artikel

Air Selangor Yakin Penurunan NRW 1% Setiap Tahun Dapat Dicapai

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd telah mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya merekodkan penurunan kadar purata Air Tidak Berhasil atau Non Revenue Water (NRW), ke paras 28.73 % pada tahun 2019, iaitu penurunan sebanyak 1.78% berbanding tahun 2018 (30.51%).

Pencapaian ini diperolehi menerusi perancangan rapi dan pelaksanaan beberapa inisiatif dalaman (“in-house”) yang berterusan sejak tahun 2017.

Bersandarkan kepada rekod ini, Air Selangor positif bahawa sasaran penurunan sebanyak 1% kadar NRW setiap tahun akan dapat dicapai untuk tahun-tahun berikutnya.