Artikel

Majikan Dinasihatkan Beri Leave Of Absence Kepada Pekerja Dari China Yang Ingin Kembali Ke Malaysia

Berikutan isu penularan wabak coronavirus di Malaysia, para pekerja East Coast Rail Link (ECRL) yang berasal dari China yang pulang bercuti ke kampung halaman akan diberikan leave of absence.

Para pekerja dari China dinasihatkan oleh majikan untuk menangguhkan perjalanan kembali mereka ke Malaysia. 

Perihal ini sejajar dengan inisiatif Kerajaan untuk mengekang sebarang risiko berhubung penularan wabak virus tersebut.

Seterusnya, sepanjang tempoh pelepasan ini para pekerja yang terjejas akan terus menerima gaji seperti sedia kala.

Kini, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) sedang mengkaji bagi kemasukan peruntukan baharu terhadap undang-undang pekerjaan

Memandangkan tiada sebarang peruntukan diberikan bagi pemberian cuti berbayar kepada pekerja untuk situasi persekitaran yang berisiko penyakit sperti ini. Jabatan Tenaga Kerja (JTK) kini sedang mengkaji peruntukan baharu untuk dimasukkan ke dalam perundangan pekerjaan semasa menerusi pindaan Akta Kerja 1955.

Peruntukan ini bagi memberi jaminan kepada hak pekerja supaya pelaksaanaan tanggungjawab mereka berada dalam keada selamat dan sejahtera.

Manakala, buat rakyat Malaysia yang telah kembali daripada China – pihak JTK menasihatkan majikan untuk mematuhi undang-undang yang dikenakan oleh Kerajaan untuk membendung mana-mana pekerja yang disyaki terdedah dengan wabak virus China itu tampil mendapatkan khidmat perubatan.