Samsung Electronics Co. melaporkan penurunan keuntungan sebanyak 38% disebalik harga cip memori terus menurun dan permintaan yang lemah untuk produk paparan.
Pendapatan bersih mencapai 5.23 trilion won (RM17bil, $4.4 bil) untuk tiga bulan berakhir Disember, berbanding dengan purata unjuran sebanyak 5.31 trilion won.
Samsung melaporkan jumlah keuntungan operasi menurun sebanyak 34%.
Samsung telah bergelut dengan kemerosotan dalam perniagaan cip pemprosesannya.
Bahagian ini adalah divisyen yang paling menguntungkan sebelum ini, walaupun syarikat itu berkata ada tanda-tanda pemulihan permintaan dari pelanggan pusat data dan pengendali nirwayar.
Syarikat itu juga menyatakan bahawa permintaan akan terus lemah untuk perniagaan paparannya dan akan berterusan untuk beberapa skrin mudah alih premium dan kerugian besar pada paparan besar kerana harga LCD yang terus susut.
Saham Samsung jatuh sebanyak 2% di Seoul.
Ini setelah harga saham Samsung meningkat 5.9% tahun ini hingga Rabu, selepas meningkat kira-kira 44% pada tahun 2019.
Keuntungan operasi adalah 7.16 trilion won atas jualan 59.9 trilion won, kata syarikat itu, sejajar dengan perangkaan awal yang dikeluarkan awal bulan ini.
Samsung, SK Hynix Inc. dan Micron Technology Inc. secara bersama, mempunyai lebih dari 90% saham pasaran untuk memori akses rawak dinamik, atau DRAM, cip yang digunakan dalam segala hal elektronik – dari pelayan data ke telefon pintar.
Harga spot DRAM dan NAND mula meningkat pada bulan Disember selepas susut selama setahun diantara ketegangan perdagangan yang semakin meningkat bagi Amerika Syarikat (AS) dan China serta penjualan telefon pintar yang tinggi.
Industri cip telah menjangkakan pemulihan sebagai teknologi nirwayar generasi kelima memacu permintaan yang lebih tinggi untuk memori dan kelajuan yang lebih besar untuk memproses data.