Artikel

RHB: Pos Malaysia Dijangka Kembali Untung Dalam Masa Terdekat

RHB Research menyatakan dalam sebuah Nota Pelaburan bahawa Pos Malaysia dijangka akan kembali untung dalam jangka masa terdekat ini.

Antara sebab RHB berpendapat sedemikian adalah susulan Pos Malaysia meningkatkan harga pos.

Bermula 1 Feb 2020, pelanggan komersial yang membentuk 95% jumlah pelanggan Pos Malaysia, akan dikenakan kos setem pos ke RM1.30, dari RM0.60, sebuah peningkatan lebih dari dua kali.

Kategori lain, termasuk peningkatan kos surat berdaftar komersial ke RM3.10 dari RM2.20.

Untuk surat berdaftar tidak-komersial, harga pos adalah RM2.40 dari RM2.20.

Kotak Pos Berkunci Komersial akan dikenakan bayaran RM200 setahun, sebuah peningkatan sebanyak 4 kali, dari RM50 setahun.

RHB meletakkan harga saham sasaran (TP) Pos Malaysia pada paras RM1.70. 

Satu saham Pos Malaysia hari ini bernilai RM1.48.