Menurut Profesor Yuen Kwok Yung, Ketua Pakar Perubatan Jangkitan Universiti Hong Kong mengatakan para penyelidik mereka kini menghasilkan vaksin bagi penularan coronavirus di Wuhan, China.
Namun, pihaknya memerlukan sedikit masa untuk melakukan ujian ke atas vaksin tersebut.
Yuen turut mendedahkan pasukan memerlukan tempoh tertentu bagi menguji vaksin tersebut keatas haiwan terlebih dahulu.
Tetapi dia berkata ia akan mengambil masa beberapa bulan atau sekurang-kurangnya satu tahun untuk menjalankan ujian klinikal pada manusia sebelum ia sesuai digunakan.
“Sekiranya vaksin itu berkesan dan selamat digunakan pada beberapa spesies haiwan, ia akan menjalani ujian klinikal pada manusia pula. Di mana proses ini akan mengambil sekurang-kurangnya satu tahun walaupun tempoh tersebut dipercepatkan, “kata Yuen.
Untuk menguji vaksin tersebut, ia perlu disuntik ke dalam haiwan untuk melihat jika ia menghasilkan tindak balas imun yang baik, kata Yuen. Haiwan yang divaksin akan terdedah kepada virus untuk proses pemerhatian sama ada ia berjaya dilindungi.
Coronavirus adalah wabak virus yang muncul dari selesema biasa kepada penyakit yang lebih serius. Simptom ini seperti Sindrom Pernafasan Virus Korona Timur Tengah (MERS-CoV) dan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS).
Sementara itu, Xinhua melaporkan bahawa Hospital Timur Shanghai Universiti Tongji telah segera meluluskan projek pembangunan vaksin yang mensasarkan virus baru.
Vaksin itu akan dibangunkan bersama kerjasama hospital dan Stemirna Therapeutics, syarikat bioteknologi yang berpangkalan di Shanghai.
Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Li Hangwen berkata tidak lebih daripada 40 hari diperlukan untuk mengeluarkan sampel vaksin, yang kemudiannya akan dihantar untuk ujian dan dibawa ke klinik “secepat mungkin”.