oleh Glenn Chapman / diterjemah oleh Rnggt
Apple mengumumkan laporan kewangan yang terbaik pernah dicatat, bagi tiga bulan terakhir pada 2019.
Pencapaian rekod ini dicapai melalui keuntungan jualan iPhone, dan pertumbuhan perkhidmatan digital.
Impak Coronavirus
Menurut Ketua Eksekutif Tim Cook – Apple sentiasa memerhati dengan rapat isu coronavirus di Wuhan, China, di mana Apple memiliki pelanggan, rakan kongsi, pembekal dan pekerja di sana.
Tim Cook meluahkan rasa simpatinya kepada semua pihak yang terjejas di rantau ini.
Berikutan ketidakpastian operasi mengenai penularan virus ini, Apple menjangkakan pendapatan perolehan untuk suku ini adalah sebanyak $63 bilion hingga $67 bilion.
Ekosistem Apple Berkembang Pesat
Keuntungan bersih syarikat ini mencecah paras tertinggi yang pernah dicatat oleh mereka, iaitu sebanyak $22 bilion pada perolehan rekod suku tahunan $91.8 bilion.
Apple menyatakan hasil ini jauh lebih kukuh berbanding anggaran kebanyakan para penganalisis.
Hasilnya “didorong oleh permintaan yang kukuh untuk model iPhone 11 dan iPhone 11 Pro kami, dan rekod sepanjang masa untuk perkhidmatan dan boleh pakai,” kata Cook.
Apple sedang berusaha untuk mengalihkan campuran pendapatannya diantara pasaran telefon pintar yang semakin merosot dan peningkatan persaingan bagi segmen industri.
Aliran kini lebih menunjukkan kebergantungan kepada perkhidmatan seperti pensriman muzik, penstriman video dan kandungan digital yang lain seperti kedai App dan Arcade.
“Dengan setiap produk Apple yang dibeli pelanggan, saya beranggapan pengguna akan lebih terikat dengan ekosistem yang ditawarkan,” kata Tim Cook.
Apple tidak lagi mengumumkan jumlah jualan unit iPhone, tetapi hasil jualan telefon pintarnya naik hampir 8% pada suku tahun pada $55.9 bilion.
Selain itu, pendapatan perkhidmatan naik 17% dari setahun yang lalu kepada $12.7 bilion, didorong oleh pelancaran perkhidmatan Apple TV + dan kad kreditnya yang baharu.
Langganan yang dibayar kepada perkhidmatan Apple telah mencapai 480 juta pada bulan Disember 2019, membolehkan syarikat ini membuat unjuran sebanyak 500 juta unit bagi bulan Januari 2020, dan 600 juta menjelang akhir tahun ini.
Perkhidmatan penstriman TV + Apple-on-demand dilancarkan di lebih 100 buah negara dengan harga bersamaan dengan $4.99 sebulan dalam mata wang tempatan.
Harga ini jauh lebih rendah daripada apa yang ditawarkan oleh saingan seperti Netflix.
Meningkatkan Saham
Saham Apple meningkat dua kali ganda dari setahun lalu – mengangkat penilaiannya kepada lebih daripada $1.3 trilion – kerana syarikat itu telah mengembangkan perkhidmatannya dengan penstriman televisyen, pembayaran digital dan teknologi yang boleh dipakai seperti AirPods dan Apple Watch siri-5 yang diperbaharui.
Penganalisis Yoram Wurmser dari firma penyelidikan eMarketer mengatakan ini adalah suku yang kukuh untuk Apple, terutamanya ketika ia didorong oleh jualan kukuh dalam barisan iPhone 11.
Apple membeli semula $20 bilion sahamnya sendiri pada suku itu dan membayar dividen sebanyak $3.5 bilion sebagai sebahagian daripada misi yang dinyatakan untuk menjadi “net neutral tunai” pada masa akan datang. – AFP