Artikel

KLCI Terus Susut Sejajar Dengan Pasaran Antarabangsa Disebalik Penularan Wabak Coronavirus

Indeks FBM KLCI terus kekal susut disebalik penularan wabak coronavirus yang telah meragut lebih 130 nyawa, dan merekodkan lebih 6,000 kes positif yang sah.

Pada jam 12 tengah hari, Rabu 29 Jan, KLCI susut sebanyak 0.11% atau 1.72 mata, ke 1,549.87 mata. Antara paras yang terendah sejak beberapa bulan ini.

Kaunter indeks blue chip yang adalah Top Glove, Hartalega, dan Tenaga.

Kaunter rugi besar termasuk Petronas Dagangan, Genting Plantations, Tenaga, Hartalega, Icon Offshore, MISC dan Top Glove.

Pasaran dunia lain, seperti Nikkei dan Hang Seng juga susut akibat penularan wabak coronovirus Wuhan yang semakin kritikal.

Hong Kong telah menutup sempadannya dengan China dengan alasan untuk mengawal penyebaran virus Wuhan ini yang semakin tidak terkawal.

Di Malaysia, kes positif kekal pada 4 kes, dan kesemua pesakit merupakan warga China yang berasal dari bandar Wuhan, Hubei di China.