Artikel

Primeworks Distribution Sahkan Filem Malaysia Kini Boleh Ditonton Di Amazon Prime AS, UK

Sebanyak 100 juta orang pengguna Amazon Prime di Amerika Syarikat (AS) dan di United Kingdom (UK) kini boleh menonton filem dari Malaysia.

Sebanyak lapan filem buatan rakyat Malaysia kini boleh distrim di Amazon Prime AS dan UK.

Filem-filem itu adalah KIL, Songlap, Mukhsin, J Revolusi, Anak Jantan, Balada Pencinta, Kampung Drift, dan Chow Kit.

Menurut Pengurus Besar Primeworks Distribution Sdn Bhd, Lyn Nasihin, tayangan filem di Amazon Prime ini adalah pengiktirafan pengkarya industri perfileman negara.

Primeworks Distribution memberi komitmen untuk meneruskan usaha membawa filem-filem pembikinan rakyat Malaysia ke pasaran AS dan UK, dan juga ke khalayak antarabangsa yang lain.

Perkongsian ini dibincang dan dimuktamadkan di International Market of Communications Programmes (MIPCOM).

MIPCOM merupakan antara pasaran kandungan terbesar di dunia bagi kategori hiburan, dan diadakan setiap tahun di Cannes, Perancis.

Perbadanan Pembangunan Filem Negara Malaysia (Finas) bekerja rapat dalam merealisasikan pengeksportan industri perfileman negara dan bekerja rapat dengan Primeworks Distribution dalam hal ini.