Laporan media mengatakan bahawa konsortium Naza-Berjaya telah mendapat kontrak mengedalikan kenderaan kerajaan.
Ini termasuk kerja-kerja membekalkan, menyelenggara, dan mengurus kereta rasmi kerajaan, termasuk kenderaan polis, dan kenderaan yang digunakan oleh para menteri.
Laporan media juga mengatakan bahawa kontrak yang dimenangi oleh Naza-Berjaya telah melalui satu proses bidaan yang kompetitif.
Konsortium ini difahamkan telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kewangan dan akan bermula pada bulan Jun tahun ini.
Kontrak sebelum ini telah dianugerahkan kepada Spanco Sdn Bhd pada 1994, dan telah berakhir pada akhir 2018.
Spanco telah diberikan lanjutan kontrak selama enam bulan, selama dua kali, untuk memberikan kerajaan masa menilai kontrak baharu dari proses bidaan ini.
Sebanyak tujuh syarikat dilaporkan telah memasuki bidaan ini, sebelum kerajaan memilih konsortium Naza-Berjaya.
Spanco telah diberikan lanjutan kontrak buat kali ketiga sejak 2018, selama enam bulan, yang akan berakhir pada bulan Jun 2020.
Akhbar The Star melaporkan bahawa bekas CEO KUB Malaysia Berhad, Datuk Abdul Rahim Mohd Zin telah ditugaskan oleh Naza-Berjaya untuk mengetuai proses bidaan kontrak ini.
Rahim telah meletak jawatan sebagai CEO KUB Bhd pada bulan Disember 2019.
Rahim kini merupakan salah seorang lembaga pengarah Berjaya Group Berhad.
Berjaya dimiliki oleh jutawan Tan Sri Vincent Tan, manakala Naza dikendalikan oleh keluarga SM Nasimuddin.
Naza diasaskan oleh Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin, bersama isteri beliau, Puan Sri Zaleha Ismail.
Puan Sri Zaleha kini adalah Pengerusi Naza Motor Trading.
Anak-anak beliau, Datuk Wira SM Faisal dan SM Nasarudin adalah Pengerusi Eksekutif Kumpulan-bersama.
Adik mereka, SM Faliq adalah Timbalan Pengerusi Eksekutif Naza Motors, manakala Nur Diana dan Nur Nadia merupakan lembaga pengarah syarikat itu.
Pada tahun 2018, anak Vincent Tan, Chryseis Tan telah berkahwin dengan SM Faliq SM Nasimuddin, menyatukan dinasti perniagaan Berjaya dan Naza.