Artikel

KPDNHEP: Tindakan Tegas Terhadap Pihak Yang Menaikkan Harga Jualan Topeng Muka

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), tindakan tegas akan diambil ke atas para peniaga yang sengaja menaikkan harga topeng muka.

Perihal ini kerana topeng muka adalah barang harga terkawal dan harga maksimum telah ditetapkan bagi 5 jenis topeng muka di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti pencatutan 2011.

5 Jenis Topeng Beserta Harga Kawalannya:

(i) Topeng muka (pembedahan/perubatan) 1 lapisan (gelung telinga) – Harga Borong RM5.00 sekotak, Harga Runcit RM7.00 sekotak.

 (ii) Topeng muka (pembedahan/perubatan) 2 lapisan (gelung telinga) – Harga Borong RM8.00 sekotak, Harga Runcit RM10.00 sekotak dan RM0.20 sen seunit.

(iii)Topeng muka (pembedahan/perubatan) 3 lapisan (gelung telinga/gelung kepala) – Harga Borong RM25.00 sekotak, Harga Runcit RM0.80 sen seunit.

(iv)Topeng muka (pembedahan/ perubatan) 3 lapisan (ikatan pada kepala) – Harga Borong RM30.00 sekotak, Harga Runcit RM0.80 sen seunit.

(v)Topeng muka (pembedahan / perubatan) N95 – Harga Borong RM100.00 sekotak, Harga Runcit RM6.00 seunit.

Bagi sebarang pelanggaran di bawah akta perundangan ini, mereka akan dikenakan tindakan seperti berikut:

Individu – Mahkamah boleh mendenda sehingga RM100,000 atau dipenjara tidak melebih 3 tahun, atau kedua-duanya sekali, atau dikompaun sehingga RM50,000.

Syarikat – boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000.

Kementerian juga bakal mengambil tindakan ke atas pihak yang menaikkan harga borong atau runcit topeng muka secara tidak masuk akal.

Pemantauan ini akan diteruskan dengan sokongan 2,300 pegawai penguatkuasa bagi pemeriksaan di seluruh negara.

Kerjasama para peniaga dan pengguna amat diperlukan, untuk membantu operasi pembekalan menjadi lebih teratur dan bertanggungjawab.