Artikel

Kerajaan Malaysia Menggantung Kemasukan Rakyat China – Wuhan, Hubei

Susulan kes jangkitan Koronavirus di Wuhan, China minggu lalu – Kerajaan Malaysia menerusi penetapan prosedur oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah perolehi nasihat pakar bagi membendung jangkitan ini daripada merebak lebih meluas lagi.

Pemantauan telah dibuat dari semasa ke semasa. 

Maklumat terkini menunjukkan Kerajaan Malaysia telah mengambil keputusan untuk menggantung sementara semua kemudahan imigresen iaitu eNTRY (kemudahan tanpa visa), Visa Semasa Ketibaan (Visa on Arrival), e-visa dan visa manual kepada rakyat negara China dari Bandar Wuhan dan Wilayah Hubei di kelilingnya.

Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira perkembangan terkini kes jangkitan novel koronavirus khususnya di Wilayah Hubei dan keputusan ini berkuatkuasa serta merta.

Kemudahan imigresen ini akan diberikan semula setelah keadaan kembali normal.

Wisma Putra akan menyelaras pelaksanaan keputusan ini bersama pihak Kerajaan China.

Kerajaan juga ingin mengingatkan kepada semua pihak agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sah atau palsu berkenaan novel koronavirus ini yang boleh menyebabkan ketidaktenteraman kepada masyarakat umum.

Pelbagai pihak kini sedang melakukan usaha yang terbaik untuk mencegah sebarang penularan virus ini.