Artikel

Kenapa pesakit Coronavirus dirawat di Hospital Sungai Buloh dan bukannya di Johor?

Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH) mengesahkan bahawa terdapat tiga kes pertama Coronavirus di Malaysia.

Tetapi mengapa kesemua tiga-tiga pesakit sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh, dan bukannya di mana-mana hospital di Johor, iaitu di tempat mereka ditemui dan didiagnos menghidap penyakit ini?

Baca: MOH mengesahkan tiga kes pertama Coronavirus di Malaysia

Sebab utama mengapa mereka ditempatkan di Hospital Sungai Buloh (HSB) adalah kerana HSB merupakan Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit Negara (Center for Infectious Diseases).

Berikut merupakan carta Pusat Kawalan HSB:

  • Memberi perkhidmatan perubatan dalam bidang penyakit berjangkit yang berkualiti, kepakaran untuk pesakit atau pelanggan melalui kerja berpasukan dan dengan mengamalkan sikap penyayang dan professional
  • Menyediakan perkhidmatan kaunseling yang canggih dan perkhidmatan 24 jam bagi kes-kes kecemasan
  • Memastikan dan melengkapkan semua anggota dalam unit penyakit berjangkit dengan pengetahuan dan kemahiran supaya dapat memberi perkhidmatan yang cekap, tepat dan selamat
  • Memberi perkhidmatan kawalan infeksi di dalam hospital dan mengawal penggunaan antibiotik yang berpatutuan
  • Mengadakan polisi dan langkah-langkah pencegahan yang berpatutan daripada merebaknya penyakit berjangkit sekiranya terdapat “outbreak” infeksi yang merbahaya
  • Menyediakan latihan dalam bidang penyakit berjangkit.
  • Menggalakkan penyelidikan dan audit untuk memelihara dan meningkatkan mutu perkhidmatan penyakit berjangkit

Disebabkan HSB mempunyai fasiliti dan latihan yang diperlukan untuk mengawal keadaan seperti penyakit berjangkit, hospital ini merupakan tempat terbaik untuk merawat pesakit Coronavirus ini.