Badan pemerhati rasuah dunia, Transparency International hari ini mengumumkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI).
Menurut badan Malaysianya, TI Malaysia, dunia telah mengiktiraf negara ini secara benar-benar memerangi rasuah.
Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia 2019 meningkat 6 mata dengan 53 skor daripada 100 peratus. Secara perbandingan, skor Malaysia untuk 2018 adalah hanya 47 daripada 100 peratus.
Disebabkan peningkatan skor perang rasuah Malaysia, Malaysia kini berada pada tangga ke-51 untuk tahun 2019, berbanding tangga ke-61 pada tahun 2018.
Lagi tinggi kedudukan tangga, lagi kurang persepsi rasuah negara itu.
Mengikut trending 22 tahun, skor Malaysia 53 daripada 100 adalah yang terbaik sejak 1998.
Kes-kes rasuah berprofil tinggi seperti 1MDB, SRC International, dan Tabung Haji sedang berlansung di mahkamah-mahkamah Malaysia.
Penangkapan dan proses mendakwa beberapa ahli-ahli politik juga sedang giat berjalan.
Menurut TI Malaysia, ini adalah antara sebab mengapa CPI Malaysia bertambah baik bagi tahun 2019.