Artikel

HDC Ingin Memperkasakan Ekosistem Halal Malaysia Pada Pasaran Antarabangsa

Menurut Halal Development Corporation Berhad (HDC) mereka merancang untuk mempromosikan sehingga 700 tenaga profesional halal Malaysia pada pasaran antarabangsa.

Inisiatif ini dilihat sebagai usaha untuk menampung permintaan tinggi dalam sektor halal.

Hairol Ariffein Sahari, Ketua Pegawai Eksekutif HDC mengatakan keperluan tenaga kerja bagi sektor halal ini akan meliputi 4 buah negara luar iaitu, Korea Selatan, Jepun, China dan Taiwan.

Kebanyakan negara yang disenaraikan ini adalah majoriti penduduknya bukan beragama Islam. Oleh itu, pendedahan berkenaan produk halal dilihat terbatas.

Keperluan memasuki pasaran negara tersebut adalah penting untuk meluaskan operasi produk halal.

HDC juga menyasarkan catatan eksport berjumlah RM50 bilion untuk tahun 2020. Sasaran ini antara langkah untuk menarik pelaburan langsung asing yang berjumlah RM2 bilion.

HDC turut merancang membantu lebih daripada 5,000 syarikat bagi pematuhan sektor halal. Setakat ini, terdapat 8,500 syarikat yang telah diperakui halal di Malaysia.