Artikel

BNM Menurunkan OPR Kepada 2.75%, Paras Terendah Sejak 2010

Malaysia telah turunkan kadar faedahnya ke 2.75 peratus, iaitu paras terendah sejak tahun 2010.

Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) telah memutuskan untuk menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 2.75 peratus daripada 3.00 peratus.

Menurut BNM, ini adalah sebagai langkah awal untuk meningkatkan trajektori pertumbuhan dalam keadaan kestabilan harga.

Maksudnya, BNM ingin menggalakkan kadar faedah untuk pinjaman diturunkan, dan dengan ini, ia boleh membantu perniagaan untuk mendapat bantuan kewangan sewajarnya.

Tambahan lagi, jika kadar OPR menjadi lebih rendah, rakyat secara amnya dapat membantu diri mereka dengan mendapatkan pinjaman dengan kadar pinjaman yang rendah.

Susulan penurunan OPR itu, kadar koridor terendah dan tertinggi bagi OPR, masing-masing dikurangkan kepada 3.00 peratus dan 2.50 peratus.