Artikel

Cyberjaya Ingin Menjadi Bandar Pertama Ekosistem Nirtunai

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng semalam (20 Januari) telah melancarkan Ekosistem Nirtunai (tanpa tunai) untuk Cyberjaya.

Pelancaran ini menyaksikan kerjasama antara Cyberview Sdn Bhd dan Gabungan Bank Negara Malaysia (BNM), Payments Network Sdn Bhd (PayNet). Ekosistem Nirtunai untuk inisiatif Cyberjaya ini akan dipermudahkan oleh DuitNow QR, standard kod QR negara Malaysia.

Melalui inisiatif ini, Cyberjaya akan menjadi bandar pertama di Malaysia untuk menggunakan kod QR kebangsaan di bawah Rangka Kerja Pemindahan Kredit Interoperable Bank Negara Malaysia (ICTF). 

Menurut Najib Ibrahim, Pengarah Urusan Cyberview – pihaknya akan menerajui usaha dengan rakan kongsi PayNet, untuk menggalakkan lebih banyak perniagaan mengguna pakai penyelesaian nirtunai dan memudahkan transaksi pembayaran bagi komuniti di Cyberjaya.

Berikutan isu percambahan kod QR dan dompet digital yang boleh mengelirukan pengguna dan peniaga. Bagi menangani masalah ini, BNM menerbitkan ICTF yang memberi mandat bahawa PayNet, sebagai pembekal infrastruktur pembayaran bersama negara, melaksanakan standard QR yang boleh dikendalikan untuk Malaysia. Sembilan bank telah menawarkan DuitNow QR dalam aplikasi perbankan mudah alih mereka, dengan 23 bank dan empat dompet digital utama dijangka melaksanakan DuitNow QR dalam tempoh enam bulan akan datang.

Piawaian DuitNow QR ditubuhkan di bawah Bank Negara Malaysia ICTF membolehkan syarikat untuk mendaftar dengan salah satu Pemeroleh yang akan membolehkan 22 juta pelanggan bank dan berjuta-juta pelanggan dompet digital untuk membuat pembayaran.

Melalui DuitNow QR, pengguna boleh membuat pembayaran dari mana-mana aplikasi mudah alih Bank atau dompet digital yang terlibat. Peniaga hanya perlu memaparkan satu Kod QR, DuitNow QR, untuk menerima bayaran.