Artikel

Moody’s Sasar KDNK 2020 Malaysia 4.5%, Pembubaran GST Beri Kesan Negatif Kepada Ekonomi

Moody’s menganggarkan pertumbuhan negara bagi tahun 2020 sebagai rendah untuk tempoh terdekat ini.

“Kami menjangkakan pertumbuhan KDNK sebenar kekal pada paras terendah dalam 2014-18, iaitu purata 4.5% dalam tempoh dua tahun akan datang kerana pertumbuhan global yang lemah, tetapi kekal tinggi berbanding negara-negara jiran,” kata Moody’s dalam laporan tahunan penarafan negara Malaysia.

“Walaupun hutang kerajaan agak tinggi, struktur hutang menguntungkan dan disebabkan kerajaan mempunyai akses kepada simpanan besar dalam negeri beri impak positif kepada negara ini.

“Kami menjangkakan defisit fiskal kerajaan kekal kepada purata 3.3% daripada KDNK pada 2020-21, sebagai pertumbuhan yang lebih perlahan berbanding dekad yang lalu, penghapusan cukai barangan dan perkhidmatan dilihat membataskan pendapatan dan keperluan perbelanjaan sosial. Perkara ini perlu diteruskan bagi mengimbangi usaha kerajaan untuk mengurangkan lagi defisit,” kata laporan itu lagi.

Taraf Malaysia

Moody’s mengekalkan profil kredit Malaysia sebagai A3.

Unjuran kehadapan Malaysia adalah ‘stabil’.

Antara sebab Moody’s mengekalkan penarafan ini adalah kerana ia disokong oleh ekonomi besar, dan kandungan ekonomi yang pelbagai.

Moody’s berkata prospek pertumbuhan Malaysia dijangka sederhana, tetapi kukuh berbanding negara-negara pesaing.