Artikel

Mahathir Umum Kerajaan Ada 5 Cadangan Untuk Malaysia Airlines

Tun Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa terdapat sebanyak lima cadangan pembelian untuk Malaysia Airlines.

There are about five proposals but of course some of them are just no go” (“Ada sekitar lima cadangan, tetapi ada yang memang tidak boleh digunakan”) kata Tun Mahathir, seperti dilaporkan Reuters pada pagi Isnin (20 Januari).

Tun Mahathir tidak memberikan ulasan dengan lebih lanjut selain apa yang beliau katakan di atas.

Seperti diketahui am, kerajaan sedang mengkaji semula bagaimana ia boleh mengurus tadbir Malaysia Airlines dengan lebih baik. Antara cadangan yang dilaporkan media sebelum ini, adalah termasuk menjual Malaysia Airlines kepada pelabur asing.

Khazanah Nasional telah mengambil alih milik syarikat ini pada tahun 2014 dan masih merupakan pemilik tunggal syarikat ini.