Artikel

5 perkara yang perlu diketahui tentang Davos

oleh Alex Pigman / Diterjemahkan oleh Rnggt

Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland akan berlansung minggu ini. Ia adalah acara terpenting tahun ini untuk golongan elit global. Tetapi tahukah anda tentang perkampungan Switzerland ini yang dikenali sebagai Davos?

Apakah itu ‘Davos’?

Davos adalah nama samaran untuk Forum Ekonomi Dunia (WEF), yang ditubuhkan pada tahun 1971 oleh profesor perniagaan Jerman – Klaus Schwab sebagai cara untuk pemimpin korporat Eropah belajar dari rakan-rakan sekutu mereka di Amerika Syarikat (AS).

Ahli politik mula berkunjung ke WEF hanya pada lewat tahun 1970-an, dan sejak itu ia telah menjadi satu acara tahunan di mana pemimpin elit dunia – bercampur-aduk dengan penyertaan ahli-ahli pemikir intelektual, aktivis, selebriti dan kadang-kadang penunjuk perasaan and rusuhan – datang dan membincang segala permasalahan dunia di panel-panel perbincangan sepanjang tempoh WEF berlansung.

Pas Putih mempunyai keistimewaannya

Berpakaian dalam sut perniagaan dan kasut hiking, para hadirin berkumpul di Pusat Kongres, sebuah bunker konkrit kira-kira separuh jalan ke bawah Promenade di bandar Davos, di mana akses adalah terhad dengan kawasan yang berpagar dan diawasi oleh polis bersenjata.

Kebebasan berlegar di Pusat Kongres ditentukan oleh warna lencana anda (kecuali para menteri tertinggi dunia dan para pemimpin terkenal yang boleh berlegar tanpa batas).

Di Davos, taraf hadirin ditentukan melalui warna lencana, iaitu pas berwarna putih, oren, ungu atau hijau.

Lencana putih membuka semua pintu dan biasanya diberikan kepada eksekutif korporat, pegawai kerajaan dan pemimpin media.

Pemegang lencana putih boleh menghadiri beratus-ratus sesi dialog, makan tengah hari, makan malam dan minum malam, selagi mereka mendaftar melalui aplikasi WEF terlebih dahulu. Pemegang lencana putih adalah bebas dari rekod.

Kebanyakan wartawan beroperasi dengan lencana oren, yang menawarkan akses terhad kepada Pusat Kongres dan di hotel-hotel sekitar kawasan itu. Wartawan boleh mendapat akses secara dekat dengan para pemimpin dunia yang paling berkuasa dengan menggunakan lencana oren. Akan tetapi, pas oren akan disekat masuk ke bilik VIP dan kawasan mesyuarat khas.

Lencana ungu adalah untuk pekerja teknikal, manakala lencana hijau diberikan kepada mereka yang mengikuti rombongan pegawai tertinggi.

Aktiviti malam

Davos mempunyai reputasi sebagai satu lokasi untuk berseronokan, walaupun pada siang hari, ia lebih serius dan mempunyai beberapa tema-tema penting dalam program rasmi.

Keseronokan ini berlaku di chalet mewah, dimana kebanyakannya merupakan bekas hospital TB lama.

Acara aktiviti malam untuk golongan yang lebih elit dan yang ‘elit biasa’ secara amnya akan diadakan secara sulit dan tersembunyi di sebalik pokok-pokok pain yang lebih tinggi di atas bukit Davos.

Syarikat-syarikat dan negara-negara yang sedang pesat membangun yang ingin mempengaruhi makan malam tuan rumah di Davos akan menjadi tuan rumah kepada parti-parti sebegini yang boleh berlanjutan hingga ke awal pagi.

Pada tahun 2018, syarikat San Francisco – Salesforce – mengadakan parit bertemakan ‘Hawaii luau’ dan mengupah ‘The Killers’ sebagai hiburan parti mereka.

Selain itu, banyak acara yang berlaku di Hotel Belvedere, yang dewannya menjadi pusat parti koktel dan makan malam rahsia, di mana para eksekutif, kakitangan awam dan wartawan terkemuka bertukar-tukar kad perniagaan di sana.

Dari revolusi ke sanitorium

Davos pertama kali menjadi destinasi peranginan pada abad ke-19 hasil dari pelarian seorang warga Jerman yang melintasi sempadan negara asal beliau ke Switzerland untuk mengelakkan dari didakwa oleh puak radikal negara asalnya berikutan revolusi Jerman 1848.

Seorang pelarian, Alexander Spengler ditawarkan pekerjaan sebagai seorang doktor di lembah Alpine yang sunyi ini, dan tidak lama selepas itu, beliau menyedari tentang keunikan kawasan ini, di mana para petani tempatan boleh memanjat gunung dan bekerja dengan mudah.

Sejak dari itu, Spengler memulakan satu revolusi penjagaan kesihatan, dan mula menggunakan lokasi Davos untuk merawat penyakit tuberkulosis (TB) dan lain-lain penyakit. – AFP