Artikel

Ada lagi masalah yang dijumpai 737 MAX

Boeing berkata ia telah melaporkan satu masalah teknikal yang baharu. Kali ini, ia berkenaan dengan masalah perisian pesawat 737 MAX.

Perkara ini dilaporkan oleh syarikat itu pada Jumaat (17 Januari).

Boeing berharap dapat menyelesaikan perkara itu dengan cepat agar pesawat itu boleh kembali ke dalam perkhidmatan.

“Kami sedang mengemas kini segala yang diperlukan dan sedang bekerjasama dengan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS (FAA) mengenai perubahan ini. Kami akan memastikan para pelanggan dan pembekal sentiasa dimaklumkan,” kata syarikat itu.

“Keutamaan kami adalah untuk memastikan 737 MAX selamat digunakan, dan memenuhi semua keperluan perundangan, sebelum ia kembali digunakan oleh para pelanggan kami.”

Kenyataan yang Boeing keluarkan semalam tidak memberikan perincian tentang masalah apa yang telah dijumpai semalam.

AFP memetik sumber yang mempunyai pengetahuan tentang perkara ini.

Menurut sumber tersebut, masalah terbaharu ini menyebabkan perisian onboard lain tidak berfungsi apabila enjin pesawat ini dimulakan.

Boeing mendedahkan masalah baharu ini, semasa “kajian teknikal” dilaksanakan minggu lalu, kata sumber ini.

AFP melaporkan bahawa sumber mereka menggambarkan masalah terbaharu ini sebagai ‘masalah kecil’ dan menambah bahawa ia mungkin tidak akan menangguhkan kepulangan pesawat ini untuk kembali digunakan oleh pelanggan Boeing.

Boeing dan FAA sedang mengkaji pembaikan sistem penerbangan anti-stesen MCAS pesawat udara, yang dipersalahkan dan yang menyebabkan kemalangan penerbangan Lion Air dan Ethiopian Airlines yang menyebabkan 346 kemalangan jiwa.

737 MAX telah diarahkan untuk henti terbang sejak 13 Mac, 2019. Arahan penghentian penggunaan ini berkuatkuasa di seluruh dunia.

Sebelum pesawat ini dapat kembali digunakan ke dalam perkhidmatan, pihak berkuasa penerbangan awam juga perlu menentukan latihan tambahan oleh juruterbang MAX dan harus menjadualkan beberapa penerbangan ujian.

Masalah MAX telah menyebabkan kos tambahan sebanyak RM45 bilion (AS$9 bilion) kepada Boeing.

Kos ini dijangka akan terus meningkat.

Boeing telah menghentikan lebih dari 2,800 para pekerja akibat skandal ini.

Dennis Muilenburg, mantan ketua eksekutif Boeing yang dilantik pada tahun 2015, dipecat pada akhir bulan Disember 2019.

Penggantinya, David Calhoun, telah mengambil alih tugas-tugas CEO pada permulaan minggu ini.

Calhoun memberitahu kakitangan syarikat itu bahawa mereka harus mengukuhkan budaya syarikat menjadi lebih baik, memberi tumpuan kepada “integriti” dalam pembikinan pesawat mereka, dan harus menjadi lebih “telus” dalam proses mereka. – AFP