Artikel

Majlis Media Malaysia Kini Ditubuhkan

Hari ini, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah mengadakan satu perjumpaan bersama ketua organisasi media dan wakil badan bukan kerajaan (NGO) bagi merangka sebuah jawatankuasa sementara Majlis Media Malaysia.

Tujuan jawatankuasa sementara ini ditubuhkan adalah untuk menjaga kepentingan warga media dan pengamalnya. Di mana komuniti ini akan memastikan kebebasan media dan hak mereka dipelihara. Namun penggunaan kebebasan mestilah bertanggugjawab.

Jawatankuasa sementara ini terdiri daripada 17 individu yang diwakili organisasi media cetak, elektronik, media atas talian, wartawan media tempatan dan antarabangsa, kesatuan wartawan serta wakil NGO lain.

Pelaksanaan ini dilihat sebagai suatu inisiatif Majlis Media untuk mula berfungsi setelah sekian lama ditangghukan penubuhannya. Jawatankuasa ini diberi tempoh dua bulan untuk meneliti penyediaan Rang Undang-undang (RUU) bagi penetapan peranan Majlis Media ini.

5 Bidang Utama Yang Perlu Diteliti Pada RUU:

  • Objektif, Peranan Majlis
  • Perlembagaan Majlis, Keahlian
  • Kod Tatalaku
  • Kaedah Penyelesaian Pertikaian
  • Peruntukan Umum, Mengkaji Undang-undang Semasa Dimansuh atau Dipinda