Artikel

Tok Pa Kini Menerajui TERAJU

Menurut Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali – YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed telah dilantik sebagai Pengerusi Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) bagi tempoh perhidmatan selama 2 tahun.

Perlantikan ini telah mendapat persetujuan daripada  YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dato’ Sri Mustapa atau lebih dikenali sebagai Tok Pa dilihat sebagai calon yang sesuai berdasarkan pengalaman yang dimiliki dalam bidang ekonomi, kewangan, pendidikan dan perdagangan. 

  • Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (2009-2018)
  • Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2008-2009) 
  • Menteri Pengajian Tinggi (2006-2008)
  • Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri (2004-2006)
  • Menteri Kewangan 2 (1998-1999)
  • Menteri Pembangunan Usahawan (1995-1999) dan
  •  Timbalan Menteri Kewangan (1993-1995)

Pelantikan ini juga bersesuaian dengan peranan TERAJU sebagai sebuah agensi ulung untuk meneraju, memacu dan menyelaras penyertaan Bumiputera dalam ekonomi negara.

Peranan Tok Pa ini dilihat mampu memantapkan lagi kedudukan Bumiputera dalam ekonomi negara. Selain daripada sudut ekonomi, TERAJU mempunyai peranan yang besar dalam menjamin kesejahteraan hidup serta mengangkat martabat Bumiputera ke tahap yang lebih tinggi.