Artikel

Proses Birokrasi Perlu Dinilai Semula, Selaras Dengan DKN 2030

Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) pada ketika ini sedang berusaha meminimumkan proses birokasi.

Dimana proses ini melibatkan sasaran perkembangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sebanyak 41% pada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). 

Menurut Menteri Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof – ini adalah antara cabaran besar kementerian untuk menyaelaraskan dasar yang telah digariskan pada Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030). 

Berikutan itu, kerajaan telah menyediakan pelbagai inisiatif program kepada usahawan PKS untuk menghadapai cabaran Revolusi Industri 4.0 kelak. Perihal ini kerana masih ramai usahawan tempatan enggan beralih kepada penggunaan digital. 

Berdasarkan rekod data 2018-2019, negara telah berjaya mewujudkan lebih 50,000 usahawan baru pada industri. Menerusi kerjasama yang baik daripada semua agensi dan kementerian, negara mampu mencapai sasaran untuk mewujudkan 250,000 usahawan dalam tempoh lima tahun kepimpinan kerajaan.