Adakah Anda Antara Yang Layak Menerima RM30 E-Tunai Rakyat?

·

Untuk makluman pembaca, setiap rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas, serta berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun  telah dikategorikan layak untuk menerima insentif RM30 E-Tunai Rakyat ini. 

Bagi membuat permohonan, pengguna perlu memuat turun aplikasi dompet digital yang terpilih. Antara pengendali dompet digital yang terlibat adalah Touch ‘n Go eWallet, Boost, dan GrabPay.

Kerajaan baru-baru ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM450 juta telah disalurkan kepada tiga pengendali dompet digital Malaysia. 

Bermula 15 Januari sehingga 14 Mac 2020 – seramai 15 juta rakyat Malaysia akan menerima insentif sebanyak RM30 bagi setiap individu, untuk mana-mana penggunaan tiga aplikasi dompet digital tersebut. 

Tujuan inisiatif ini adalah untuk menggalakkan penggunaan pembayaran secara digital dalam kalangan pengguna dan peniaga bagi sektor peruncitan. Langkah ini juga sebahagian daripada komitmen kerajaan bagi pelaksanaan Belanjawan 2020.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *