Artikel

Indonesia Perolehi Pelaburan UAE Bernilai RM92.6 Bilion Bagi Pembiayaan Infrastruktur

Baru-baru ini, Presiden Indonesia – Joko Widodo telah menandatangani perjanjian pelaburan bersama pihak Emiriah Arab Bersatu (UAE). Kata sepakat tersebut telah ditemeterai sewaktu kunjungan Jokowi ke Abu Dhabi.

Menerusi perjanjian tersebut, UAE akan melabur sejumlah RM92.6 bilion ($22.8 bilion) pada Indonesia. Tujuan pelaburan tersebut meliputi pembiayaan pembangunan infrastruktur, industri tenaga dan telekomunikasi. 

Menurut Menteri Koordinator Urusan Maritim dan Investasi, Luhut Pandjaitan – Pihak UAE merancang untuk membina pelaburan dalam modal baharu Indonesia. Malah mereka juga ingin membangunkan hartanah di wilayah Aceh. 

Selain UAE, Kumpulan Softbank dan US International Development Finance Corp. turut mengambil bahagian menjadi pelabur potensi pada pembiayaan projek seperti tol, pelabuhan dan petrokimia di Indonesia.

Perjanjian pelaburan ini sejajar dengan janji Jokowi untuk membangunkan infrastuktur Indonesia. Hampir RM1.6 trilion ($400 bilion) dana diperlukan untuk merealisasikan janji tersebut bagi lima tahun akan datang.

Sepanjang lawatan Jokowi, telah menyaksikan 16 perjanjian ditandatangani di antara kedua-dua negara, termasuk 11 urusan perniagaan dalam bidang minyak dan gas, petrokimia, pelabuhan dan telekomunikasi.