Pasport Malaysia Antara Yang Terkuat Di Dunia, Duduki Tangga Ke 13 – Henley Passport Index

·

Menurut laporan Indeks Pasport Henley (Henley Passport Index) – Malaysia telah menduduki tangga ke 13, antara pasport negara yang kukuh dalam dunia. 

Kedudukan ini mencatatkan jumlah skor keseluruhan sebanyak 178.

Sementara itu, negara-negara Asia yang lain telah mengekalkan dominasi mereka atas keistimewaan rakyat mereka untuk melakukan perjalanan dengan visa percuma atau akses visa ke atas ke negara-negara lain di bawah indeks tersebut.

Indeks ini merupakan sistem kedudukan semua pasport di dunia mengikut bilangan destinasi pemegangnya bagi akses pelancongan tanpa visa.

Jepun telah mengekalkan kedudukannya pada tangga teratas buat kali ketiga di tempat pertama, dengan catatan skor 191. 

Manakala Singapura pula berada pada posisi kedua dengan skor 190, dan  Korea Selatan di tempat ketiga berkongsi kedudukan bersama Jerman.

Berdasarkan kajian, para penyelidik sains politik telah mengenalpasti terdapat korelasi positif yang kuat antara kebebasan perjalanan dan jenis kebebasan lain dari ekonomi hingga politik serta kebebasan individu .

Kenyataan ini telah dikaitkan dengan hubungan antara kebebasan visa dan kebebasan pelaburan.

Sama seperti kebebasan perdagangan, negara-negara yang berpangkat tinggi dalam kebebasan pelaburan umumnya mempunyai pasport yang lebih kukuh.

Selain itu, negara-negara Timur Tengah juga telah membuat keuntungan yang kukuh sebagai sebahagian daripada usaha keseluruhan untuk meningkatkan perdagangan dan pelancongan.

Jurang peningkatan pada indeks telah menunjukkan aliran yang membrangsangkan, sejak ia ditubuhkan pada tahun 2006.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *