Menurut Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof – pihaknya menyasarkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) akan menyumbang sebanyak 41% pada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk tahun ini.
Bagi memastikan sasaran tersebut ditepati, proses penambahbaikan pengurusan perlu dipertingkatkan. Jelasnya, pihak pembangunan akan memastikan Setiap agensi memainkan peranan dan melaksanakan segala dasar yang telah ditetapkan.
Selain Itu, proses ini juga dilihat selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) yang ingin memartabatkan potensi usahawan menjelang 2030.
Setakat ini, hampir 70,000 usahawan telah direkodkan. Catatan ini secara tidak langsung memberi cerminan pembangunan usahawan tempatan berada ditahap yang baik.