Tenaga Nasional Berhad (TNB) meneruskan pembayaran faedah kepada pelanggan mereka.
Seperti yang dilaksana setiap tahun, pelanggan TNB akan menerima faedah tahunan sejumlah 2.5% (juga dikenali sebagai rebat) daripada jumlah deposit keselamatan elektrik yang dibayar.
Faedah ini, seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990, akan dikreditkan ke dalam bil elektrik para pelanggan pada bulan Januari ini.
Menerusi faedah tahunan ini, deposit keselamatan pelanggan TNB lantas akan bertambah dari masa ke masa, memandangkan ianya dikira berdasarkan baki deposit terkumpul.
Walau bagaimanapun, rebat hanya diberikan sekiranya deposit dibayar secara tunai. Pelanggan dengan jumlah deposit melebihi RM2,000 mempunyai pilihan untuk membayar secara tunai atau melalui jaminan bank.