Artikel

Platform Perbankan Digital AmBank Kini Boleh Bantu Urus Hutang Pelanggan Mereka

Pelanggan AmBank kini boleh menggunakan fungsi pengurusan hutang ketika menggunakan platform perbankan digital bank itu.

AmMoneyLine adalah sebuah produk pengurusan hutang yang membolehkan pengguna menyusun semula aset dan liabiliti mereka.

Antara penggunaan aplikasi ini termasuk menghimpun semua hutang kad kredit menjadi satu penstrukturan hutang jangka panjang dengan kadar faedah yang rendah.

Menurut AmBank, tujuan mereka memperkenalkan produk seperti ini adalah untuk membolehkan pelanggan mereka menguruskan kadar hutang mereka dengan lebih baik.

Bank itu turut mendakwa proses permohonan dan tempoh kelulusan juga dipendekkan, berbanding produk-produk lain.

Menurut Pengarah Urusan Perbankan Runcit AmBank, Aaron Loo, ciri ‘Quick Apply’ yang terdapat pada produk ini akan dapat membantu pelanggan urus hutang mereka dengan lebih baik.