Jemaah Menteri pada 8 Januari 2020 telah bersetuju agar jawatan Menteri Pendidikan dipangku sementara oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Keputusan ini berkuatkuasa pada 3 Januari 2020, setelah YB Maszlee Malik diarah meletakan jawatan tersebut.
Jawatan ini akan disandang oleh Tun Mahathir sehingga pelantikan calon baharu Menteri Pendidikan dilakukan.
Sebelum ini, Tun Dr. Mahathir ingin memegang jawatan tersebut sejurus selepas pembentukan kabinet baharu, susulan Pilihan Raya Umum ke-14.
Namun demikian, keputusan ini ditarik balik kerana kritikan yang diberikan oleh rakyat terhadap manifesto Pakatan Harapan yang menyatakan bahawa seseorang perdana menteri tidak boleh memegang portfolio lain dalam kerajaan.