Johor Corporation (JCorp) semalam telah mengumumkan pelantikan Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim selaku Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp yang baharu.
Pelantikan ini bagi mengisi kekosongan jawatan Dato’ Kamaruzzaman Abu Kassim yang telah bersara 31 Disember 2019.
Syed Mohamed sebelum ini memiliki pengalaman yang luas selama 34 tahun dalam perbankan, korporat, pembangunan hartanah, teknologi dan strategi perniagaan. Beliau pernah menyandang jawatan Pengerusi FELDA Investment Corporation, Pengerusi Encorp Berhad; Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Iskandar Investment Berhad; Ketua Pegawai Eksekutif TH Properties Sdn Bhd serta Pengarah Kumpulan DRB-HICOM.
Malah beliau juga memulakan kerjayanya di Bank Bumiputera (M) Bhd dan Bank Rakyat sebelum menyertai Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor (kini JCorp) pada tahun 1989 hingga 1993.
Beliau turut pernah memikul tanggungjawab selaku Pengerusi Prasarana Integrated Development Sdn Bhd serta Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Ibrahim Johor dan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor.