Kini syarikat seru-pandu Grab telah mula memperkenalkan perkhidmatan GrabBike pada pasaran Malaysia.
Perkhidmatan ini ditawarkan pada kawasan tertentu sahaja di Lembah Klang.
Berikutan kejayaan mereka di Indonesia, Vietnam dan Thailand, Grab telah melaksanakan kepakaran dan pengalaman mereka untuk membangunkan rangka kerja bagi menyediakan amalan terbaik untuk meningkatkan piawaian keselamatan bagi perkhidmatan motosikal di Malaysia.
Tujuan utama pelaksanaan ini adalah untuk menilai kebolehlaksanaan dan manfaat perkhidmatan pada kawasan setempat.
Menurut Sean Goh, Ketua Grab Malaysia – menerusi bantuan pakar serantau, syarikat itu akan menggunakan piawaian dan pembelajaran yang ketat untuk memastikan perkhidmatan di Malaysia berjalan dengan lancar.
Keselamatan terus menjadi keutamaan Grab. Latihan keselamatan akan diberikan kepada para penunggang GrabBike. Kesemua motosikal GrabBike akan dilengkapi dengan helmet untuk penumpang dan penunggang. Malah, kedua pihak juga akan dilindungi oleh insurans kemalangan diri.
Pengguna kini boleh memilih untuk menggunakan GrabBike pada jarak 10 kilometer dari lokasi semasa. Seterusnya, demi keselamatan pengguna, pembayaran secara tunai bagi jam 9 malam hingga 2 pagi telah ditetapkan hanya menggunakan GrabPay sahaja. Perihal ini untuk mengelakkan sebarang kejadian jenayah berlaku.
Bagi mengetahui maklumat lanjut perkenaan perkhidmatan, pengguna boleh memuat turun aplikasi Grab pada platform Google Play atau Apple Store.