Artikel

Malaysia Airlines Akan Elak Menggunakan Laluan Udara Iran

Syarikat penerbangan kebangsaan negara, Malaysia Airlines akan mengelak dari menggunakan ‘laluan udara konflik Iran’.

Syarikat ini memberitahu Reuters melalui sebuah emel pada tengah hari Rabu (8 Jan).

Sebelum ini, Singapore Airlines juga menyatakan hal yang sama, berikutan serangan peluru berpandu yang dilancarkan oleh Iran terhadap kem tentera Amerika Syarikat (AS) di Iraq pagi Rabu.

Malaysia Airlines mempunyai sejarah hitam dalam menggunakan laluan udara berkonflik.

Pada 17 Julai 2014, pesawat MH17 telah ditembak jatuh setelah dikenakan peluru berpandu BUK Missile yang dilancarkan dari Ukraine. Kesemua 283 penumpang dan 15 anak pesawat di penerbangan itu terkorban akibat serangan peluru berpandu ini.