Artikel

SPRM Dedah 9 Rakaman Perbualan Telefon Membabitkan Konspirasi Jenayah Peringkat Tertinggi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan sembilan set rakaman perbualan telefon kepada media pada pagi Rabu (8 Jan).

Rakaman sepanjang 45 minit ini didakwa adalah konspirasi jenayah di peringkat tertinggi, membabitkan pihak tertinggi negara, termasuk bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, bekas Ketua Pesuruhjaya (KP) SPRM, bekas Peguam Negara, dan ramai lagi.

Bekas KP SPRM, Tan Sri Dzulkilfi Ahmad didengar memberi maklumat penting kepada Datuk Seri Najib berkenaan dengan siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). SPRM mendakwa rakaman ini dibuat pada Januari 2016.

Perkara ini didedahkan oleh KP SPRM Latheefa Koya melalui sebuah sesi media pada pagi Rabu (8 Jan).

“Kesemua sembilan set rakaman ini diterima oleh SPRM pada minggu lepas tahun ini (2020),” kata Latheefa kepada media.

Apabila ditanya siapa yang memberi maklumat (dan set rakaman ini), beliau menjawab “demi keselamatan pemberi maklumat ini, kami tidak boleh mendedahkan sumber kami”.