Artikel

Minyak WTI Naik 4.5%, Bursa Malaysia Jatuh 16 Mata, Susulan Serangan Iran Terhadap AS

Harga minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) naik mendadak, sehingga 4.5% kepada AS$ 65.54 setong.

Indeks FBM KLCI pula dibuka rendah. Sehingga jam 9.40 pagi, KLCI susut sebanyak 1% (16 mata) kepada 1,595 mata.

Ini susulan Iran melepaskan ‘puluhan’ peluru berpandu pada pagi Selasa ke atas dua kem tentera Amerika Syarikat (AS) di Iraq.

Perkara ini disahkan oleh Pentagon di Washington DC.

AFP melaporkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan sehingga kini.

Serangan Iran ini adalah tindak balas negara itu setelah AS membunuh general Qasem Soleimani di Baghdad minggu lepas.

Selain itu, Singapore Airlines telah mengalihkan pesawat-pesawat mereka untuk tidak menggunakan laluan udara Iran dan Iraq.

Harga emas juga dijangka meningkat kerana serangan pada pagi ini.