Ini Jawapan KTM, Setelah Menteri Pengangkutan Buktikan Mesin Tiket KTM Tidak Berfungsi

Written by Liyana · 24 sec read

“Mesin Ticket Vending Machine (TVM) sedang dalam proses penyelenggaraan dan ujian,” jelas Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melalui sebuah kenyataan media yang dikeluarkan lewat hari Selasa (7 Jan).

Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Datuk Ir. Kamarulzaman Zainal berkata ujian tersebut merangkumi ketahanan dan integrasi rangkaian sistem.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan YB Loke Siew Fook menunjukkan kepada media bahawa mesin tiket yang dikendalikan KTMB adalah rosak, dan tidak boleh digunakan.

Disebabkan kerosakan tersebut, Menteri Pengangkutan menggesa agar KTMB memastikan mesin tersebut berada dalam keadaan baik.

“Ketiga-tiga mesin itu dijangka boleh digunakan pengguna hujung bulan ini,” ujar Kamarulzaman lagi.

“Dua daripada mesin tersebut merupakan milik KTMB manakala dua lagi dimiliki syarikat pengangkutan awam lain,” tambah beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *