Artikel

Mohamed Hazlan Digantung Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana

Terbaru, Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana – Mohamed Hazlan Mohamed Hussain telah digantung dari jawatannya. Keputusan ini telah dilakukan oleh lembaga pengarah syarikat milik kerajaan.

Menurut The Malaysian Insight, keputusan ini telah dipersetujui pada 24 Disember 2019.

Perihal ini disebabkan “ketidakpuasan hati orang awam” terhadap operasi perkhidmatan Light Rail Transit (LRT), dibawah Prasarana.

Antara aduan yang dikemukakan adalah kelewatan pemberitahuan akhir berkenaan kerosakan LRT yang berlaku kepada pengguna.

Seterusnya keputusan penggantungan ini turut disahkan oleh pembantu Menteri Pengangkutan Anthony Loke bahawa ia dilakukan oleh pihak lembaga syarikat.

Untuk sementara waktu, peranan Hazlan akan diisi oleh Ketua Pegawai Operasi Prasarana, Nizam Alias.