Plastrade Technology Bhd bersama anak syarikatnya – Artronix Sdn Bhd telah melaksanakan perjanjian penjualan perniagaan bagi membeli perniagaan EA Comtronix Sdn Bhd.
Pelaksanaan pembelian niaga ini termasuk beberapa aset, liabiliti – berjumlah RM12 juta.
Plastrade turut akan memperolehi kelebihan di mana EA Comtronix beri jaminan keuntungan RM3 juta kepada syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Desember 2020 dan tahun kewangan 2021.
Menerusi pembelian ini juga, sekali gus akan mengembangkan peranan syarikat dalam menawarkan pelbagai produk pintar. Perihal ini turut mempertingkatkan operasi syarikat, termasuk di Emiriah Arab Bersatu dan Vietnam.
Seterusnya, menurut Bursa Malaysia – Plastrade mengatakan pembelian ini akan diperjelaskan menerusi gabungan 76.3 juta saham biasa baharu dalam Plastrade pada RM0.105 sesaham dan RM4 juta secara tunai.