Artikel

Raja Azmi Umum Peletakan Jawatan Selaku Ketua Pegawai Eksekutif MAHB

Bermula semalam (6 Januari), Raja Azmi Raja Nazuddin telah melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB).

Untuk makluman pembaca, Raja Azmi telah menyertai MAHB bermula 1 Februari 2016 selaku Ketua Pegawai Kewangan sebelum dia beralih kepada jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan pada 4 Januari 2019. 

Pelbagai sumbangan telah diberikan Raja Azmi sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Buat masa ini, pihak lembaga pengarah memilih Dato’ Mohd Shukrie Mohd Salleh, Ketua Operasi dilantik sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan untuk sementara waktu. Dari semasa pihak MAHB akan mengenal pasti pengganti yang bersesuaian.