Artikel

Jho Low Nafi Beliau ‘Dalang’ 1MDB

Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low, telah menafikan peranan beliau sebagai menjadi ‘dalang’ atau orang yang paling penting dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Melalui sebuah wawancara yang dikendalikan oleh akhbar Singapura – Straits Times (ST) – Jho Low menegaskan bahawa beliau tidak ‘mengetuai’ proses pencurian wang dalam 1MDB.

“Perkara yang sering digembar-gemburkan bahawa saya adalah ‘ketua’ 1MDB adalah tidak benar sama sekali,” kata Jho Low kepada ST.

“Realiti sebenarnya adalah saya sasaran mudah,” tambah beliau lagi.

Jho Low dikehendaki oleh polis dan pihak berkuasa lain di beberapa negara, termasuk di Malaysia.

Pada bulan Oktober 2019, beliau telah bersetuju untuk aset beliau dirampas oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) bernilai sekitar RM2.8 bil (AS$700 juta) kerana didakwa membeli aset-aset berkenaan dari wang yang dicuri oleh 1MDB.