Artikel

Jualan Proton Mengatasi Paras 100,000 Kenderaan Buat Pertama Kali Sejak 2015

PROTON mengakhiri 2019 dengan jualan kenderaan sebanyak 100,821 unit.

Ini merupakan kali pertama syarikat milik bersama Malaysia-China berjaya melepasi paras jualan 100,000 unit sejak tahun 2015.

Sebagai perbandingan, jualan tahun 2018 PROTON adalah sekitar 65,000 unit. PROTON berjaya menjual 55.7% lebih banyak kenderaan untuk tahun 2019 berbanding tahun 2018.

Pegangan pasaran PROTON dianggarkan sebanyak 16.7%, angka tertinggi sejak 2014.

Model X70 merupakan model terlaris PROTON bagi segmen SUV.

Model tersebut turut mengekalkan kedudukan sebagai yang teratas dalam segmennya sepanjang tahun dan mengakhiri 2019 dengan jumlah jualan sebanyak 26,331 unit.

“PROTON telah berusaha keras melancarkan empat model yang dinaik taraf pada tahun lepas. Jumlah jualan yang dicapai membuktikan kami berada di landasan yang tepat dan keputusan untuk memperkenalkan empat model yang lengkap dengan ciri-ciri pintar pada tahun 2019 diterima baik oleh pembeli-pembeli kereta. Pada masa yang sama, kami juga telah menumpukan pada peningkatan kualiti produk dan pada akhir tahun 2019, skor kualiti GCPA audit dalaman Syarikat adalah sebanyak 1190 mata, peningkatan lebih daripada enam kali ganda berbanding tahun 2017 semasa Syarikat mula menggunakan ukuran kualiti tersebut,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON. 

Ini juga merupakan skor terbaik berbanding skor Geely yang terkini, membuktikan kejayaan usaha yang diberikan oleh kami,” tambah Dr Li Chunrong.