Artikel

Maszlee, Menteri Pertama Letak Jawatan Dalam Era Kerajaan Pakatan Harapan

“Saya dengan hati yang redha, walaupun berat, Maszlee Malek memulangkan jawatan saya kembali kepada Perdana Menteri”.

Berikut adalah kata-kata yang diucapkan oleh bekas Menteri Pendidikan dalam sebuah sidang media di Putrajaya, petang Khamis 2 Januari 2020.

Sebelum ini, terdapat spekulasi mengatakan bahawa perubahan akan dibuat dalam Kabinet hari ini dan antara yang dijangka akan terjejas ialah Menteri Pendidikan, Maszlee Malik.

Menurut laporan, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkemungkinan akan mengumumkan rombakan kecil, berikutan kritikan terhadap prestasi Maszlee pada pimpinannya dalam pendidikan negara.