Artikel

PERKESO Beli Hampir 1 juta Kit RTK-Antigen, Bagi Menampung Ujian Saringan Pekerja Asing

Majikan kini digesa melaksanakan tanggungjawab ujian saringan COVID-19 ke atas pekerja asing.

Sokongan mengesan penularan pandemik itu kini sedang dilakukan oleh pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan membeli hampir 1 juta kit RTK-Antigen bagi menampung pekerja asing yang mencarum dibawah PERKESO.

Antara negeri yang terlibat dalam agihan kit ujian saringan ini adalah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Kuala Lumpur.

Penyediaan jumlah bekalan tersebut dilihat lebih besar berbanding bilangan pekerja asing yang bakal jalani ujian saringan. Oleh itu, semua majikan disarankan untuk segera penuhi tanggungjawab tersebut bagi memudahkan pengesanan awal COVID-19 dilakukan.