Tahun ini, Kelantan mencatatkan nilai kompaun kesalahan jualan sekitar RM266,600.
Angka itu merangkumi pelbagai kesalahan untuk tahun 2020. Antara kesalahan yang sering dilakukan adalah tidak memaparkan tanda harga dan tempoh tamat sesuatu produk itu.
Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) tindakan tersebut perlu dilakukan mengikut piawaian operasi perniagaan jualan.
Malah antara kesalahan lain yang turut dilakukan adalah tindakan timbang sukat yang tidak diperakui serta pelaksanaan jualan murah tanpa memohon kelulusan dari KPDNHEP.
Nilai kompaun tersebut dilihat jauh lebih tinggi berbanding tahun lalu, yang sekadar mencatatkan RM86,850.