Artikel

COVID-19 Beri Pengajaran, Didik Masyarakat Dunia Menjadi Lebih Baik – WHO

Walaupun penularan COVID-19 telah berlaku secara meluas, terdapat beberapa pengajaran penting yang boleh diambil berdasarkan isu pandemik ini.

Menurut Mike Ryan, Ketua Bahagian Kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyifatkan faktor penularan ini dapat menjadi sebuah elemen kebangkitan kepada seluruh rakyat dunia. Merangkumi pelbagai aspek, dari segi perubahan ekonomi, pentadbiran, pengurusan, perbekalan, sains dan cara berkomunikasi dengan lebih baik.

Mike menyifatkan apa-apa bentuk ancaman akan sentiasa dan berterusan berlaku, oleh itu segala iktibar perlu diambilkira oleh semua pihak.

Setakat ini, pembangunan vaksin telah diperluaskan dan sedang dilancarkan diseluruh dunia. Ketua Pengarah WHO – Tedros Adhanom Ghebreyesus menyifatkan ini adalah percapaian ilmiah yang luar biasa antara negara dalam membangunkan vaksin secara bersama.

WHO turut menegaskan, dikala bekalan vaksin masih berada di fasa pengagihan – semua pihak perlulah kekal mematuhi langkah-langkah keselamatan yang telah ditetapkan khususnya menjaga penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan sentiasa kerap mencuci tangan.

Langkah itu mungkin kecil, namun besar makna pada sistem pencegahan wabak dunia.